Hari ini buku laporan peperiksaan akan diedarkan.Sofea duduk di kelasnya dengan rasa bimbang.Dia yakin markahnya kurang bagus.Dlam hati kecinya dia tidak mahu membuat Hadi dan mamanya kecewa.Tetapi setidak-tidaknya kali ini dia sudah berusaha.Cikgu Dani masuk ke dalam kelas sambil membawa buku laporan dan poskad.Beliau meletakkan buku laporan dan poskad tiu di memjanya dan berjalan ke papan hitam.
"Hari ini kamu semua akan mengetahui keputusan peperiksaan kamu,iaitu hasil daripada susah payah kamu belajar selama satu semester iini."kata Cikgu Dani."Tapi sebelum itu ada sesuatu yang ingin cikgu sampaikan.Sebagaimana yanng telah kamu semua ketahui,di seberang sekolah kita telah dibuka sebuah pejabat pos yang baru.Mereka memberikan poskad percuma kepada murid2,khasnya tingkatan lima yang bakal meninggalkan sekolah sebagai kenang-kenangan."Lalu Cikgu Dani meletakkan selonggok poskad di setiap barisan."Cikgu yakin kamu semua akan seronok bercuti setelah mendapat buku peperiksaan ini.Jadi poskad ini bolehlah digunskan untuk mengirim khabar kepada kawan-kawan kamu apabila kamu semua bercuti.Murid-murid yang berada di meja paling hadapan,sila agihkan poskad yang berada di hadapan kamu itu kepada kawan -kawan yang berada dalam barisan yang sama dengan kamu."Murid-murid yang berada di barisan paling hadapan bergerak ke belakang sambil mengagihkan poskad itu kepada murid-murid yang berada di belakang mereka.
Sofea melihat sekilas poskad yang berwarna biru yang diberikan kepadanya itu.Dia kemudian memasukkannya ke dalam beg.
"Sekarang cikgu akna membahagikan buku laporan peperiksaan ini berdasarkan urutan nama kamu semua.Bagi pelajar yang namanya dipanggil,sila datang ke hadapan."Jantung Sofea berdebar-debar kencang apabila namanya dipanggil.Cikgu Dani merenung Sofea yang sedang duduk di hadapannya.Dia membuka buku laporan peperiksaan yang dipegangnya itu.
"Cikgu tak tahu apa yang patut cikgu katakan."Cikgu Dani menarik nafas.
Melihat air muka Cikgu Dani,Sofea berputus asa.
"Markah kamu masih rendah."kata Cikgu Dani."Tapi cikgu tahu kamu sudah berusaha.Kamu masih ada peluang untuk meningkat pada semester yang akan datang.Masih ada masa sebelum menjelang peperiksaan SPM.Walaupun begitu.cikgu gembira kerana tidak ada yang satu pun mata pelajaran yang gagal."
"Tak ada yang gagal?"tanya Sofea dengan terkejut.
"Ya!"kata Cikgu Dani sambil tersenyum."Nampaknya kamu sudah berusaha memperbaiki markah kamu berbandingkan semasa berada di sekolah terdahulu.Cikgu tahu kamu bukan murid yang bodoh dan sehingga sekarang cikgu tak menyesal kerana memberikan kesempatan kepada kamu.Jadi pada semester hadapan,
cubalah berusaha dengan lebih baik!"
Cikgu Dani menyerahkan buku laporan peperiksaan itu kepada Sofea."Nah!Kamu boleh lihat sendiri."
Sofea mengamati buku laporan peperiksaan.Hampir kesemua markah adalah rendah,tetapi tidak ada yang gagal.Satu-satunya markah yang baik adalah dalam subjek pendidikan jasmani.Dia mendapat markah 75 untuk mata pelajaran itu.
"Berusahalah lagi pada semester hadapan,Sofea!"Cikgu Dani memberikan semangat.
"Terima kasih,cikgu!"Sofea tersenyum.
No comments:
Post a Comment